ads ads

CURI Syiling RM36,800 Bertaburan








Tiga pengawal keselamatan cedera apabila sebuah van syarikat kawalan keselamatan yang membawa wang syiling terlibat kemalangan sebelum terbalik di Kilometer 426 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh di sini, awal pagi semalam.




Kejadian jam 12.10 pagi itu berpunca daripada masalah tayar belakang van sebelah kiri yang pecah sehingga mengakibatkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik.




Katanya, kemalangan itu mengakibatkan bahagian hadapan van remuk manakala pintu belakang terbuka.




Ibrahim yang telah berkhidmat selama lebih 30 tahun sebagai pengawal keselamatan berkata, keadaan itu menyebabkan sebahagian wang syiling bernilai lebih RM30,000 tercampak keluar dan bertaburan di atas jalan.




Sementara itu, menurut Ibrahim, sebaik kemalangan berlaku, dia berusaha membantu dua lagi rakannya yang cedera untuk keluar dari van yang terbalik.




Dia berjaya membuka lubang kecemasan di bahagian bumbung van untuk keluar.




Bagaimanapun, ketika mereka cuba keluar menyelamatkan diri, pengguna jalan raya yang melalui kawasan kejadian tanpa rasa bersalah mengambil wang syiling yang bertaburan.




“Dalam tempoh lima minit saja orang yang melalui kawasan ini mengambil kesempatan berebut mengutip duit syiling yang bertaburan di jalan.




“Saya tak boleh buat apa-apa,” katanya yang akan bersara tahun depan.




Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, van terbabit membawa muatan wang syiling lama kepunyaan sebuah pasar raya dan Plus.




“Jumlah wang dibawa lebih kurang RM36,800,” katanya.

Leave a Reply