Kisah benar, seorang remaja 19 tahun mati ketika mengambil gambar. Pada suatu hari, dia pergi ke Amravati bersama rakan kolejnya. Ketika perjalanan pulang,mereka menunggu di stesyen kereta api, ramai rakan-rakannya mengambil gambar menggunakan telefon bimbit & kamera digital.
Remaja ini cuba mengambil gambar sekumpulan rakan-rakannya, maka dia mengundur ke belakang sikit. Tanpa disedari, dia sedang berdiri di bawah pencawang elektrik dimana 40 000 voltan eletrik sedang mengalir. Sebaik sahaja remaja ini mengambil gambar menggunakan flash kameranya, eletrik di atas telah menyambar remaja tersebut melalui cahaya flash.
Jadi, pastikan anda tidak mengambil gambar menggunakan flash di kawasan pencawang eletrik bervoltan tinggi.